Ya Allah... Grant us the good tidings in this world and in the hereafter and ward us from the wrath (infliction) of the hell-fire... Ameen Ya Rabb 'A-lameen.

Friday, May 2, 2014

Setelah 2 tahun berlalu..

Lama sungguh blog ni ditinggal.
Last post 16 May 2012.
Cerita menanti detik kelahiran yang pertama,
Kini sudah dua.Alhamdulillah dikurniakan sepasang cahaya mata yang menyerikan kehidupanku.
Ain Nusaibah dan Muhammad Al Fateh.Semoga menjadi anak yg soleh dan solehah wahai anak anakku sayang..
Kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan,seorang ibu ,seorang isteri,seorang hamba.SubhanaAllah sungguh mencabar.Tetapi sekiranya semua itu dianggap ibadah insyaAllah betapa berat bebanan yang dirasa semuanya akan pergi.

Wednesday, May 16, 2012

hadirmu sangat dinanti sayangku..

4mei2011,0230hours :mataku terlelap setelah penat membaca anatomy..*tp xdelah banyak mane bace pun*tibe2 perut sakit..terasa contraction..tetapi ku anggap biasa..kerana aku sudah kerap mengalami kesakitan seperti itu..tetapi contraction kali ni terus menganggu ku..aish selalunya tak de lah kerap macam ni..aku meneliti setiap kali kontraksi aku memerhatikan kekerapannya..10 minit sekali...tanda2 nak beranak ke?awal..sebab due date is 8 mei 2011..then aku kejut suamiku dan terus menuju ke HTAR.selepas menghantarku suamiku pulang untuk memaklumkan kepada pihak UNISEL dan emohon cuti.sepanjang menanti waktu bersalin,aku muntah2..aku sering teringat pesan ummi,kalau nak bersalin kena ada tenaga..dan aku berusaha jugalah untuk makan walaupon muntah dengan sakit yg teramat..nak dijadikan cerita around pukul 9.45 am aku bagitahu nurse bahawa sakit ku mmg sakit yg teramat sangat.nurse membawaku ke bilik rawatan untuk check bukaan.around 6cm..nurse kata anakku dh berak dalam perut.then nurse trus menolak ku ke labour room,untuk bersalin.dan untuk mengelaakan sebarang komplikasi kepada ibu dan anak.tepat 10.45 am lahirlah bayi perempuanku Ain Nusaibah bt Mohd zubairy.tp sayangnya suamiku tiada di sisi..lepas beranak nurse siap bg air milo lagi..hihi..




Wednesday, February 23, 2011

Hari yang Ditunggu Bakal Tiba

Nampaknya sudah 30 minggu kandunganku.Terasa indah melalui detik-detik mengandungkan permata hati yang bakal lahir ini.Dalam hatiku sentiasa berdoa meminta kepada ya Rabb.

Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia. Engkau adalah Zat yang menyihatkan, tiada ubat kecuali ubat daripadaMu yang tidak akan membawa sebarang penyakit.


Ya Allah, bentukkanlah anakku di dalam kandungan dengan bentuk yang baik, tetapkanlah iman ke atasnya dan iman kepada utusanMu.

Ya Allah, keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya nanti dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya. Dan kurniakanlah padanya kefasihan dan kelancaran semasa bercakap dan merdukanlah suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Quran supaya mendapat berkat Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini.

Barulah ku dapat merasai seperti apa yang ummiku lalui semasa mengandungkan aku.Segala penat lelah terbayar pabila terasa pergerakan bayiku di dalam kandunganku.Tah apa yang dilakukan olehnya.Kadang-kadang aku tergelak sendiri.Kini aku sedang menghitung hari menanti detik2 kelahirannya. Wahai anakku,lahirnya kamu nanti jadilah anak yang soleh,taat perintah Tuhanmu dan taatilah kedua ibubapa kamu.Jadilah insan yang berjuang untuk agama dan sentiasa di dalam keredaan Allah swt.insyaAllah amin.. Sesunggghunya ibu dan ayah kamu tidak sabar untuk melihat kamu lahir ke dunia..

who i want to meet

Powered by Blogger.

Blog Archive