Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia. Engkau adalah Zat yang menyihatkan, tiada ubat kecuali ubat daripadaMu yang tidak akan membawa sebarang penyakit.
Ya Allah, bentukkanlah anakku di dalam kandungan dengan bentuk yang baik, tetapkanlah iman ke atasnya dan iman kepada utusanMu.
Ya Allah, keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya nanti dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya. Dan kurniakanlah padanya kefasihan dan kelancaran semasa bercakap dan merdukanlah suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Quran supaya mendapat berkat Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini.
Barulah ku dapat merasai seperti apa yang ummiku lalui semasa mengandungkan aku.Segala penat lelah terbayar pabila terasa pergerakan bayiku di dalam kandunganku.Tah apa yang dilakukan olehnya.Kadang-kadang aku tergelak sendiri.Kini aku sedang menghitung hari menanti detik2 kelahirannya. Wahai anakku,lahirnya kamu nanti jadilah anak yang soleh,taat perintah Tuhanmu dan taatilah kedua ibubapa kamu.Jadilah insan yang berjuang untuk agama dan sentiasa di dalam keredaan Allah swt.insyaAllah amin.. Sesunggghunya ibu dan ayah kamu tidak sabar untuk melihat kamu lahir ke dunia..
0 comments:
Post a Comment